Saturday, August 6, 2011
PUASA DATANG LAGI
Monday, July 11, 2011
KATA CINTA KU
Apakah perlu ada satu kekuatan utk meluahkan rasa itu? Adakah perlu nyatakan perasaan cinta yg hadir.. Bagaimanakah cara untuk ku luah
Malu untuk menerima hakikat bahawa diri ini sudah jatuh cinta.. Malu mengakui diri sedang merindui..menyayangi.. Takut bila di hati tercipta benci diri ini ditinggal pergi.. Janji semalam tiada lagi.. Punah harapan yg dicipta pasti.. Mengapa mesti semua itu terjadi.. Apa tak bisa ia di betulkan kembali.. Kerana cinta hadir bukan di buat pasti.. Tapi lahir di antara dua hati..
Mencintaimu...
Mencintaimu satu anugerah..
Mencintaimu membuatku gagah..
Mencintaimu segalanya menjadi indah..
Mencintaimu ku lupa segala masalah..
Mencintaimu membuat yang payah menjadi mudah..
Mencintaimu mengajarku bermadah..
Namun,
Pabila pudarnya cintamu..
Terasa diri kembali lemah..
Setiap hari ku rasa gelisah..
Semua yang di buat menjadi salah..
Bagai hilang arah..
Melawan perasaan hati ini yang gundah..
Sungguh aku kalah..
Pabila hilangnya cintamu..
Aku pasrah seakan-akan mahu menyerah..
Hati menjadi serba salah..
Mengingati mu membuat ku lelah..
Entah bila
Dan,
Pabila lenyapnya cintamu..
Aku lupa bagaimana untuk mencoretkan kata-kata indah..
Aku lupa diri ini masih benafas..
Kerana,
Dikau insan pertama yang ku cintai..
Mengajar ku erti mengasihi..
Agar ku tahu bagaimana rasa dirindui..
Bagaimana rasa di sayangi..
Semua terpahat di hati..
Tak lagi kan berulang kembali..
Setelah semunya..kau hancuri..
Akhir nya Cinta..
Masih menyintai walau dilukai...
Masih merindui walau terasa hati..
Masih setia pada janji walau sidia berlalu pergi..
Itulah cinta yg tak pernah kenal erti menyakiti walau sering disakiti..
Atau ku harus berhenti sampai di sini..
Meneruskan hidup walau tanpa dia di sisi..
Tak mungkin ku berpaling lagi..
Setelah kekecewaan yang ku tanggung kini..
Mengapa mengharap lagi..
Pada cinta yang tak menjadi..
Untuk apa terus meratapi..
Seandai cinta di hati nya sudah tiada lagi..
Tak guna mengharap pada dia yang di kasihi..
Ku lepaskan jua walau sakit ku rasa kini..
Sedari dia tak kan datang pada ku lagi..
Kerana jalan ini dipilihnya utk di tujui..
Sehingga kini ku masih mengingati..
Kata-kata terakhirnya yang mengguris hati..
Namun tetap ku tekad di hati..
Takkan perpaling untuk kesian kali..
Ku terima ketentuan Ilahi..
Mungkin ini takdir destinasi..
Jodoh ku berakhir di sini..
Tidak bersama mu lagi..
Jika cinta masih d hati..
Ku pasti menemui cinta abadi..