Pages

Heart


Tuesday, September 27, 2011

MENANTI HARI



Ku menanti hari..
Yang sekian kali,
Aku sendiri tidak pasti,
Untuk yang ke berapa kali..
Hari-hari yang dilalui,
Terasa suka sekali,
Kuatkan lah diri ini,
Agar aku dapat mencapai
apa yang diingini,
Sungguh aku lemah
Dalam meniti hari ini,
Teman yang tiada si sisi,
Kelurga penguat hati,
Menjadi pendamping dikala
Semangat berlari pergi..
Aku masih disini,
Menanti hari,
Hingga masa menentukan,
Bila aku harus berhenti......




PERKENALAN KITA


Kita dah kenal lama,
Hanya melalui panggilan telefon sahaja,
Kita tak pernah bersua muka,
Bertegur sapa cuma di laman sosial..
Perkenalan kita mencipta bibit-bibit bahagia,
Walau ada juga gelora yang tiba,
Namun di tepis jua demi menjaga hubungan bersama..
Tidak ku duga tidak ku sangka,
Perkenalan kita terbitnya 1001 rasa akhirnya,
Kadang derita kadang gembira.
Kadang kecewa kadang sungguh manisnya..
Adakah ini di namakan CINTA..??
Bila ada di antara kita,
Tidak bertanyakan khabar berita,
Perasaan hiba kan muncul jua,
Rasa dipendam sungguh sakitnya..
Terasa di hati satu petanda,
Ingin berjumpa bertentang mata,
Meneruskan rasa ke peringkat seterusnya..
Namun risau menyelubungi jiwa,
Adakah mampu menerima diri ini seadanya..
Jika diri tak secantik apa yang dikira,
Hanya kata-kata dan keikhlasan sahaja,
Kunci PERKENALAN KITA.....


DI SATU SISI ITU


Di satu sisi itu..
Kelihatan seorang warga tua,
Terbaring layu di sebalik selimutnya,
Seakan penat yang teramat di harunginya..
Katil yang berselerak cadar,
Namun masih kelihatan rapi,
Seperti baru di gunakan..

Di satu sisi itu..
Di situlah tempat tidurnya,
Melabuhkan punggung nya,
Apabila penat tiba,
Meletakkan kepalanya di hujung bantal,
Apabila sakit kepala melanda..

Di satu sisi itu..
Warga tua itu memalingkan wajahnya ke jendela,
Seakan mengerti sakit tua yang di hadapinya,
Sudah tidak mampu untuk dia melangkah lagi,
Mengharapkan bantuan insan di sisi..
Kadang kala aku bertanya sendiri,
Adakah beliau sudah siap untuk menghadapi saatnya,
Menghadap sang Pencipta..
Namun jika soalan itu ditujukan sebaliknya,
Sungguh aku tak siap untuk menerima kepemergiannya..

Di satu sisi itu..
Ingin sekali aku menyatakan padanya,
Yang aku gembira mendapat warga tua sepertinya,
Tidak penah ku kenal erti lelah,
Dalam menjaganya..
Kadang sikap marah dan geram itu datang jua,
Tapi ku tepis bila terbit rasa hiba dijiwa,
Saat aku melihat wajahnya..
Kerana dia nenek ku..
Suatu hari kelak,
Aku akan sepertinya jua di satu sisi itu….


sy sayang nenek sy.....yeheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

DEAR


Dear..
Aku mencintaimu,
Lebih dari kau ketahuinya,
Cinta di jiwa ku alirkan,
Dengan penuh cambahan rasa,
Apakah kau juga sama?..

Dear..
Aku tak mengharap,
Kau taburi cinta kita
Dengan janji dan kata-kata,
Kerana jika tersalah bicara,
Musnah segala impi yang dicita..

Dear..
Kebelakangan itu,
Kau sibuk tanpa menghiraukan masa,
Aku kau tinggalkan seketika,
Tahukah kau apa ku rasa?
Sunyi menikam jiwa,
Hanya mampu diam kan sahaja..

Dear..
Suatu hari,
Cinta kita diuji jua,
Salah faham diantara kita,
Kau tak hiraukan penjelasan nya,
Bertelingkahan berlaku
Tanpa ada penyelesaian,
Kau biarkan dengan persoalan,
Lalu aku tertanya tanya,
Cintamu masih lagikah aku punya
Sehingga kini,
Jawapannya tak ku ketahui jua..

Dear..
Seandainya telah tertulis,
Kita bukan ditakdirkan bersama,
Ingatilah,
Cinta yang penah tersisa,
Biar menjadi kenangan abadi antara kita,
Hatiku yang diberi ESA,
kau penyentuhnya,
Kerana kau pemilik pertama cinta..



OK...pic nie ade kaitan ker..? humm..?????