Pages

Heart


Tuesday, September 27, 2011

PERKENALAN KITA


Kita dah kenal lama,
Hanya melalui panggilan telefon sahaja,
Kita tak pernah bersua muka,
Bertegur sapa cuma di laman sosial..
Perkenalan kita mencipta bibit-bibit bahagia,
Walau ada juga gelora yang tiba,
Namun di tepis jua demi menjaga hubungan bersama..
Tidak ku duga tidak ku sangka,
Perkenalan kita terbitnya 1001 rasa akhirnya,
Kadang derita kadang gembira.
Kadang kecewa kadang sungguh manisnya..
Adakah ini di namakan CINTA..??
Bila ada di antara kita,
Tidak bertanyakan khabar berita,
Perasaan hiba kan muncul jua,
Rasa dipendam sungguh sakitnya..
Terasa di hati satu petanda,
Ingin berjumpa bertentang mata,
Meneruskan rasa ke peringkat seterusnya..
Namun risau menyelubungi jiwa,
Adakah mampu menerima diri ini seadanya..
Jika diri tak secantik apa yang dikira,
Hanya kata-kata dan keikhlasan sahaja,
Kunci PERKENALAN KITA.....


No comments:

Post a Comment