Pages

Heart


Wednesday, July 6, 2011

Dari Kawan yg perihatin...(Renungan)



Setiap Manusia Yang ALLAH Jadikan Adalah Sama,

Kecuali Jantina Yang Berlainan,

Tapi,Kejayaan Dalam Kehidupan,

Seseorang Itu Diri Sendiri Yang Olah Dan Mahu,

Dengan Mendapat Keizinan ALLAH Bertitik Tolak Dari Usahanya...

Bukan Senang Untuk Berjaya,

Kalau Tak Memberi Peluang Pada Diri Sendiri Untuk Berjaya.


Sudah Lumrah Manusia,

Belum Apa-apa Sudah Mengatakan Tidak Boleh!

Tidak Minat!

Malas Nak Fikir!

Tidak Ada Masa!

Bukan Cara Aku!

Tiada Komitmen!

Fikir Dulu la!

Cuba Fikirkan!

Kalau Kita Bersaing Dengan Diri Sendiri Dan Mengalami Kegagalan,Siapakah Yang Akan Menang!!?

Percayalah,Untuk Senang Dalam Hidup,Memerlukan PENGORBANAN!


Untuk APA?

Untuk Beri Kebahagiaan Pada Diri Sendiri Dan Orang Yang Disayangi.

Terutamanya,Ibu Bapa Kita...

Yang Membesarkan Kita Tanpa Berkira,Kerana Kita ANAKnya.

Tapi Untuk Bagi Mereka Hidup Senangpun,Kita Masih Berkira-kira...

Semuanya Perlukan Kekuatan Dan Keyakinan Diri.

Kalau Kita Usaha 50%,Maka ALLAH Bagi Rezeki Sebanyak Itulah...

Selalunya Kita Mengharapkan Lebih Daripada 100%,Tanpa Memikirkan Berapa % Usaha Kita.


Janganlah Mudah Kecewa Dan Lemah Semangat Dalam Setiap Keputusan Yang Kita Buat Demi Sedikit Perubahan Yang Kita Mahukan...

Semuanya Atas Rasa Keinginan Kita Untuk Mengubah Kehidupan...

Bertindak Untuk Berubah Dengan Keizinan Dari ALLAH...

Penderitaan Hidup Hanya ALLAH Yang Tahu.

Jadi,Fikirkanlah Kalau ADA Peluang Yang Baik,

Janganlah Menganggap Itu Sebagai Beban Untuk Kita Fikirkan...

JIKA HIDUP KURANG BERJAYA,KENAPA TAKUT GAGAL..



No comments:

Post a Comment